Sunday, May 30, 2010

Mutiara Kesabaran itu Indah


Seekor anak kerang datang kepada ibunya sambil menangis. “Aduh ibu punggungku
sakit sangat2” keluh si anak kerang. Dengan penuh kasih sayang ibunya melihat
punggung si anak. Dengan tersenyum penuh kelembutan seorang ibu dia menghibur anaknya. “Anakku sabar ya,mari sini biar ibu usap punggungmu” hibur si ibu kerang. Dengan manja si anak kerang menghampiri ibunya. Dengan usapan yang lembut sememangnya tidak menghilangkan rasa sakit di punggungnya, namun hatinya terubat dengan kelembutan ibunya,maka rasa sakit punggung itu pon berkurang.

Tahun berganti, setiap hari si anak kerang terus menanggung sakit dipunggungnya, namun dengan kesabaran dan kelembutan daripada si ibu kerang si anak jadi terbiasa merasai sakit dipunggungnya. Sehingga tibalah saat ia dewasa sakit dipunggungnya berubah jadi sesuatu yang indah, yang mahal harganya dan dikagumi banyak manusia. Sebuah “Mutiara” ia persembahkan kepada dunia, kini rasa sakit yang ia derita sekian lama berganti dengan sesuatu yang indah yang dikagumi banyak orang dan didamba semua orang. Dan tidak semua kerang bisa mempersembahkan itu.

Begitu juga dengan kesabaran, fitnah, cacian, khasad dengki dan pelbagai cubaan yang kadang kita terima dalam hidup ini. Semua itu kadang kala membuat kita sakit dimana sakit itu kadang kala luar biasa rasanya, kadang pula putus asa juga menghiasi saat kita menerima musibah atau cubaan. Namun bila kita boleh mencontoh dari seekor anak kerang walau dengan rasa sakit yang terus menghimpitnya dia tetap sabar dan tabah menerima itu semua dan lihatlah hasilnya. Mungkin kita tidak dapat mempersembahkan mutiara secara nyata namun mutiara itu mampu kita rasakan dan boleh pula dirasai oleh orang disekeliling kita.

Buah dari kesabaran membuat kita tidak mudah marah, tidak mudah memfokuskan kesalahan pada orang, selalu muhasabah diri, mudah memaafkan, berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata2, bahkan selalu sabar bila orang mengatakan kita salah, kita bodoh, atau samada kita dituduh sebagai pencuri. Dengan senyum kesabaran kita menerima semuanya itu. Yup dengan senyuman sahaja boleh membuatkan orang jadi sabar menerima cubaan dunia.

Semoga kita mempunyai mutiara kesabaran untuk menjalani kehidupan dunia yang penuh dengan pelbagai masalah ini.

No comments:

Post a Comment